Pengurusan Pembelajaran Di Luar Bilik Darjah

 


Kaedah Pengurusan Pembelajaran (Luar Bilik Darjah)

   Mula diperkenalkan pada tahun 2000 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang membawa maksud suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Objektif yang ditekankan ialah meyediakan murid untuk belajar suatu tajuk atau konsep yang akan dipelajari atau suatu proses mempelajari. 

 

Model Kaedah 

Terdapat 3 jenis kaedah pembelajran luar bilik darjah, antaranya ialah:

1. Model pembelajaran luar bilik darjah 1: Luar bilik darjah kawasan sekolah

(padang, taman)

2. Model pembelajaran luar bilik darjah 2: Berhampiran kawasan sekolah

(kawasan kampung, luar pagar sekolah)

3. Model pembelajaran luar bilik darjah 3: Jauh daripada kawasan sekolah

(lawatan terancang, pembelajaran atas talian)

Jenis-jenis Kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah

1. Kaedah Projek

   Kaedah projek merupakan kaedah yang melibatkan murid dengan idea-idea konseptual dan memperkembangkan kemahiran. Objektif utama kaedah ini adalah untuk pemerolehan pengetahuan yang baru oleh murid atau penggunaan pengetahuan sedia ada kepada situasi-situasi kehidupan seharian, penyelesaian masalah atau penghasilan produk. 

2. Kaedah Latih Tubi 

   Kaedah ini ertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian. Kaedah latih tubi mungkin akan membosankan jika dilakukan secara berterusan. Kaedah ini boleh menjejaskan tumpuan murid-murid berkeperluan khas, lebih-lebih lagi murid khas bermasalah pembelajaran. Oleh itu , untuk mengelak kebosanan dan kurangnya konsentrasi murid, pelbagai bentuk latih tubi boleh digunakan seperti:

·        mengadakan kaedah latih tubi secara pertandingan dalam kumpulan atau individu, iaitu siapa yang dapat menjawab sesuatu pertanyaan guru tentang sesuatu berkaitan dengan kemahiran, markah akan dikira dan dihimpun dan kemudian dibandingkan dengan kumpulan atau individu yang lain yang terlibat.

·        bagi murid yang kurang daya saing, kaedah latih tubi boleh dijalankan dengan cara memegang peralatan dan menyebutnya, dari aspek nama peralatan tersebut, fungsi, cara penggunaan, cara menyimpan, cara untuk menggelakkan diri dari kecederaan akibat penggunaan peralatan dan sebagainya.

3. Kaedah Eksplorasi

 

   Kaedah eksplorasi–penemuan bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran murid melalui penemuan kendiri. Melalui kaedah ini, murid akan lebih mengetahui apakah kegunaan sesuatu alatan dengan membuat aktiviti menggunakan alatan itu. Kaedah ini juga bertujuan untuk meningkatkan rasa ingin tahu murid, keinginan untuk mencuba dan kebebasan melakukan eksplorasi.

 

4. Kedah Lawatan

 

   Kaedah lawatan adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh memberi kesempatan kepada murid-murid untuk memerhati dan menghasilkan suatu perasaan yang lain dari yang lain mengenai sesuatu perkara atau keadaan secara langsung di luar bilik darjah. Di samping itu, ia juga dapat menimbulkan kesedaran, keinsafan dan perasaan tanggungjawab. Tempat yang sesuai dilawati adalah seperti kawasan sekolah, taman bunga, taman strawberi, air terjun, zoo negara, akuaria KLCC tempat pembuangan sampah, rumah kebajikan, tempat rekreasi dan sebagainya. 

 

5. Kaedah Pembelajaran atas Talian

 

    Pembelajaran dalam talian adalah sama seperti pembelajaran biasa yang melibatkan komunikasi antara tenaga pengajar dengan pelajar tetapi yang membezakannya ialah mereka tidak bertemu secara bersemuka malah bertemu melalui ruang maya. Selain itu, penilaian dan pemantauan oleh tenaga pengajar juga dilakukan seperti pembelajaran biasa. Susulan dari penularan wabak Covid-19 pada masa kini, pembelajaran dalam talian kini diperluaskan dan kebanyakkannya digunakan oleh sekolah rendah, sekolah menengah, institut pengajian tinggi dan lain-lain. Pembelajaran dalam talian menyediakan beberapa platform yang dapat membantu meneruskan silibus pengajian demi memastikan pendidikan anak-anak tidak ketinggalan. 

 

Interaksi Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (Luar Bilik Darjah)

 

Interaksi merupakan proses saling bertindak balas, saling mempengaruhi antara satu sama lain. Menurut Merriam Webster Online Dictionary, interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala. Seseorang individu berinteraksi dengan individu yang lain atau bahan di dalam persekitran dengan tujuan untuk mempengaruhi satu sama lain. Interaksi yang berlaku antara guru dan murid dalam proses pembelajaran dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu percakapan guru, percakapan murid dan juga kesenyapan ddi dalam mahupun di luar bilik darjah. Terdapat juga pelbagai pola interaksi dalam proses pembelajaran antaranya interaksi sehala, interaksi dua hala dan interaksi pelbagai hala.

 

1. Interaksi Dua Hala 

 

   Melalui jenis interaksi ini, guru menggunakan pendekatan yang berlainan seperti perbincangan atau kaedah induktif. Interaksi dua hala merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai corak aktif. Guru  akan menggalakkan murid terlibat aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga membolehkan hubungan baik  antara guru dan murid terjalin.

 

2. Interaksi Satu Hala

 

   Melalui interaksi ini, guru akan mengawal segala aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berlaku sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah. Guru akan menggunakan pendekatan yang berpusatkan guru, kaedah bercerita, kaedah kelas, dan kaedah syarahan. Ciri-ciri interaksi sehala adalah corak interaksi di bilik darjah ditetapkan oleh guru dan tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid. 

 

3. Interaksi Pelbagai Hala

 

    Melalui jenis interaksi ini, guru dapat menggalakkan interaksi pelbagai hala. Kaedah ini akan mewujudkan interaksi antara pelajar dan semangat berpasukan dikalangan mereka.

 

Kebaikan Pengurusan Pembelajaran (Luar Bilik Darjah)

 

1. Murid-murid akan berasa lebih bebas

 

     Mereka akan berasa lebih positif dalam pelajaran kerana boleh melihat suasana yang lebih kondusif di sekeliling mereka yang juga boleh menenagkan fikiran dalam masa yang sama. Selain itu, mereka juga akan berasa lebih sejahtera dan ingatan menjadi semakin baik.

 

2. Menjadi lebih proaktif dan meningkatkan nilai murni

 

   Aktiviti persatuan akan menjadikan murid-murid lebih proaktif dan kreatif kerana tidak terikat dengan cara pembelajarannya. Ini juga akan meningkatkan lagi semangat berpasukan di dalam kalangan murid. Jadi mereka akan diajar cara untuk berinteraksi di dalam kumpulan dan memberikan arahan.

 

3.Meningkatkan minat murid dalam pengalaman baru 

 

   Para pelajar akan diajar mengikut subjek yang telah diambil. contohnya subjek Kemahiran Hidup. Dengan subjek tersebut, para pelajar diajar untuk membuat satu projek untuk melihat kreativiti mereka dalam menghasilkan sesuatu yang baru. jadi daripada situ, para guru dapat menilai minat murid dalam subjek tersebut.

 

Keburukan Pengurusan Pembelajaran (Luar Bilik Darjah)

 

1) Sikap pelajar itu sendiri

   Pelajar-pelajar sekolah lebih gemar bermain permainan dalam talian dan melayari aplikasi yang tidak memberikan manfaat serta faedah kepada insan yang menuntut ilmu. Isu ini sama dengan apa yang berlaku kepada pelajar yang belajar dari rumah dimana pelajar yang bermain permainan atas talian akan tidur pada lewat malam. Jadi ini akan mengganggu pembelajaran mereka dan sekali gus memberikan kesan yang negatif dalam diri.

2. Masalah jaringan internet

   pada zaman pandemik Covid-19 ini bahawa hampir keseluruhan pelajar di negara Malaysia mengalami masalah jaringan internet yang lemah. Hal ini, bukan sahaja berlaku di bandar-bandar besar malah masalah internet sudah tentunya berlaku di kawasan-kawasan kampung dan luar bandar. Tambahan pula, pelajar-pelajar sekolah mempunyai masalah kekurangan data internet yang sedikit bagi menyertai sesi PdPR yang dilaksanakan oleh guru matapelajaran. Hal ini secara tidak langsung akan memberikan impak yang besar bagi pelajar yang ingin menghadapi peperiksaan besar seperti SPM dan STPM. Dengan ini, ianya agak menggaggu para pelajar untuk terus fokus dalam pembelajaran.

3. Masalah gadget

   Penggunaan gajet merupakan elemen yang sangat penting dalam melakasanakan sesi Pembelajaran dan Pengajaran (PdPR) ketika di rumah. Oleh itu, terdapat masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah apabila mereka terpaksa berkongsi gajet dengan ibu bapa dan adik-beradik yang lain. Ini kerana, terdapat ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang ramai jadi penggunaan gajet sangat terhad. Jadi ini akan memberikan sedikit sebnayak kesan keatas diri pelajar tersebut.

 

Kesan Pengurusan Pembelajaran (Luar Bilik Darjah)

 

1. Mengetahui sesuatu perkara ( 'Experiental Learning')

 

Proses belajar secara langsung yang akan sentiasa di bawa hingga ke peringkat dewasa. PLBD akan memberikan peluang kepada pelajar mengakses persekitaran semula jadi supaya mereka merasakan seperti berada dalam satu pengembaraan yang akan meningkatkan minat mereka untuk mempelajari sesuatu dan tidak merasa seperti dipaksa untuk belajar seperti pembelajaran yang berfokus kepada satu tempat sahaja. 

   

2. Pelajar lebih memahami apa yang diajar oleh guru

 

   Mereka dapat merasai dan menyaksikan sendiri cara atau sesuatu yang diajar oleh guru secara langsung yang akan mencipta pengalaman baru untuk mereka. Pengalaman yang mereka lalui dan pelajari itu akan bertahan lebih lama dalam minda mereka berbanding menggunakan teknik komunikasi atau hafalan di dalam kelas semata. Ini kerana pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti dan bergerak secara proaktif apabila berada di luar.

 Kesimpulan

   

Pembelajaran di luar bilik darjah amatlah digalakkan disemua sekolah supaya pembelajaran murid-murid merasa tidak hanya terikat didalam kelas sahaja. Mereka juga boleh meneksplotasi dengan lebih luar apabila berada diluar bilik darjah. Ini akan merangsang minda mereka supaya lebih aktif dan lebif proaktif.

 

 

 

Comments